SEJARAH SEKOLAH
1. ASAL SEKOLAH
Dengan
tamatnya Peperangan Dunia Kedua, perkembangan persekolahan telah wujud.
Sebelumnya telah ditubuhkan Government English School di Tumpat, beberapa
jajahan di Kelantan seperti di Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai telah
berbangga dengan sekolah Inggeris masing-masing. Dalam suasana begini
sekumpulan kecil kalangan bijak pandai dari Tumpat telah berusaha supaya
kerajaan mendirikan sebuah sekolah Inggeris di Bandar Tumpat.
Antara
langkah-langkah yang diambil termasuklah usaha mendapat kerjasama dan jasa baik
Yang Berusaha Tuan Pegawai Jajahan di mana terdapat usul-usul supaya didirikan
bangunan sekolah sementara atau sekolah rakyat.
Di
samping desakan penduduk Tumpat, kerajaan juga sedang melaksanakan rancangan
bagi mengadakan Sekolah Inggeris di setiap jajahan. Hasilnya dalam tahun 1954,
tertubuhlah Sekolah Inggeris dalam Jajahan Pasir Puteh, Bachok, Machang dan
Tumpat.
2. NAMA-NAMA SEKOLAH
Pada
10hb. Januari 1954, sekolah ini dibuka dengan rasminya dengan nama Government English School,
Tumpat. Setelah Malaysia mencapai kemerdakaan dalam tahun 1957, nama sekolah
ini ditukar kepada Tumpat Standard Type Primary English School sehingga tahun
1961 apabila semua Sekolah Standard Type bertukar menjadi National Type dengan
nama Tumpat National Type Primary English School. Dalam tahun 1965, berikutan
dengan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, nama sekolah ini ditukar
kepada nama terjemahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Tumpat.
Dengan
berakhirnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah ini, namanya
sekali lagi diubah menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat, Tumpat Kelantan.
Pada awal tahun 1994, Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat dipecah menjadi dua buah
sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat (1) atau SRKT (1) Sekolah Rendah
Kebangsaan Tumpat (2) atau SRKT (2). Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1997, dasar
dan peraturan mengenai nama sekolah, nama SRK diubah kepada SK atau Sekolah
Kebangsaan. Oleh itu, selaras dengan perubahan nama tersebut maka terhasillah
nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat (1) (SKST 1). Pada 1hb. Januari
1998, pertukaran nama baru ini dilaksanakan dan namanya diberi oleh Unit
Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Sejak
sekolah ini mula-mula dibuka lagi, bangunannya adalah dari jenis kekal iaitu
bangunan batu. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya
Kelantan. Apabila ia dibuka pada Januari 1954, bangunan peringkat pertama
dibina dari batu dua tingkat telah pun siap. Pada permulaanya, ia dilengkapi
dengan sebuah Bilik Guru, Bilik Pejabat, Bilik Setor, tandas dan empat Bilik
Darjah beserta dengan perabot (kerusi dan meja).
Pada
pertengahan tahun 1956, tambahan empat Bilik Darjah yang disambungkan kepada
bangunan asal telah siap dibina menjadikan bangunan ini mempunyai lapan Bilik
Darjah.
Pada
tahun 1958, sebuah bangunan satu tingkat yang berasingan siap dibina. Sebuah
makmal juga dibina pada bangunan asal pada akhir tahun 1961. Dalam tahun 1962,
sebuah Sekolah Lanjutan yang dilengkapi dengan dua buah bilik darjah, sebuah
bilik masakan, sebuah bilik pertukangan dan dua buah bilik tandas telah dibina
di sisi bangunan asal. Pada tahun 1965, Sekolah Lanjutan tersebut telah
diberhentikan dan bangunannya diserahkan untuk kegunaan Sekolah Menengah yang
masih ditempatkan di sekolah asal.
Kesemua
bangunan-bangunan tersebut telah dipindahkan di bawah pentadbiran Sekolah
Rendah setelah Sekolah Menengah dibina di Kelaboran pada tahun 1966. Pada 1hb.
September 1969, sebuah Klinik Pergigian telah ditubuhkan dan ditempatkan di
Bilik Rehat Guru. Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan rawatan pergigian
adalah dikhaskan untuk murid-murid sekolah ini sahaja. Pada bulan Julai 1972,
perkhidmatannya mula diperluaskan kepada murid-murid daripada sekolah-sekolah
di sekitar. Sejak mula-mula dibina lagi, sekolah ini telah dilengkapi dengan
kemudahan bekalan elektrik dan air, tandas, pagar dan lima unit Rumah Guru
serta sebuah padang yang agak kurang memuaskan kerana ia padang berpasir. Pada
1971, sebuah bangunan kantin turut dibina.
Sekolah
ini pernah mengalami pengalaman pahit pada tahun 1967 apabila berlakunya banjir
besar yang dialami oleh Negeri Kelantan keseluruhannya. Walaupun tiada
kerosakan besar berlaku, kemudahan pam air dan buku-buku juga terjejas. Kali
pertama juga lantai tingkat bawah bangunan sekolah ditenggelami air sedalam 2
kaki. Walau bagaimanapun, peristiwa mengejut ini berlaku dalam cuti penggal
atau cuti akhir tahun.
Kemudian,
sebuah kantin juga telah dibina. Pada awal tahun 1971, kawasan sekolah telah
diperluaskan.
PENGASAS
SEKOLAH
1. Encik Othman bin Mohd Udin Pegawai
Penerangan Tumpat
2. Encik Basir bin Rashid Ahli
Perniagaan
3. Encik Ab. Rahim bin Abdullah Kerani Jabatan Keretapi
WAKIL
IBU BAPA:
1. Encik Wan Ahmad
bin Hj. Wan Daud
2. Encik Awang bin
Haji Yunus
3. Encik Hassan bin
Haji Johari
3. COGANKATA SEKOLAH
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Cogankata
tersebut adalah sebagai perangsang kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri
Tumpat (1), supaya menjadikan USAHA sebagai azimat hidup untuk mencapai
kejayaan dalam semua bidang diceburi dan seterusnya beroleh kejayaan dalam
kehidupan kelak.
Tanpa
USAHA, yang bulat tidak akan bergolek dan yang pipih tidak akan datang
melayang.
4. LENCANA SEKOLAH
4.1 Lencana
SKST 1 berukuran 5 X cm dan berbentuk
perisai yang melambangkan sejenis alat mempertahankan diri.
4.2 Di
tengahnya terdapat lambang seekor ikan di dasar laut dan dilingkungi oleh bunga
padi yang melambangkan pekerjaan utama penduduk setempat adalah sebagai nelayan
dan petani.
4.3 Pada
bahagian bawah perisai terdapat cogankata ‘USAHA TANGGA KEJAYAAN’ dan diapit
oleh angka 19 dan 54 yang melambangkan tahun sekolah ini diasaskan iaitu 1954.
4.4 Warna-warna
yang terdapat pada lencana tersebut ialah:
a) MERAH
pada nama sekolah dan cogankata adalah melambangkan usaha berani ke arah
kebenaran.
b) KUNING
pada lambang ikan dan padi melambangkan kemurnian yang disusuli dengan doa agar
mata pencarian penduduk sentiasa diberkati oleh Allah.
c) BIRU
pada warna air laut melambangkan kecintaan antara warga sekolah yang berada di
bawah satu bumbung.
d) MOTO sekolah
adalah “Usaha Tangga Kejayaan”.
SENARAI NAMA GURU BESAR
Bil. Nama Tahun
1. Encik Mohd Zain bin Awang 1954
2. Encik M. Sandanasamy 1955
3. Encik Benedict Fair 1957
4. Encik Megat Hussain 1958
5. Encik Yee Gim Hoe Oktober
1958
6. Encik K. Ragavan April
1959
7. Encik Mahinder Singh (Pemangku) 1961
8. Encik Khaw Meng Hua April
1961
9. Encik Mahinder Singh (Pemangku) May
1964
10. Encik Kasim bin
Mustapha 1972
11. Encik Abu Bakar bin
Abd. Hamid 1980
12. Encik Muhammad Zin
bin Yusoff 1989
13. Encik Mat Nordin bin
Ali 1993
14. Encik Muhammad Zin
bin Yusoff April
1994
15. Tuan Haji Mohamed
Noor bin Jaafar April
1998
16. Tuan Haji Che Hashim
bin Che Ismail September
2003
|